Sunday, August 30, 2009

Kesabaran

Berkongsi kisah bagaimana Luqmanul Hakim mengajar anaknya tentang sebuah kehidupan ketika mereka membawa seekor keldai menempuh perjalanan dari satu kampung ke sebuah kampung.

Pada kampung pertama, Luqman menaiki keldai dan anaknya berjalan. Lantas penduduk kampung mencemuh Luqman sebagai tidak berhati perut menaiki keldai sedangkannya anaknya disuruh berjalan. Lantas Luqman menyuruh anaknya pula menaiki keldai dan dia berjalan.Lalu Luqman mendengar cemuhan terhadap anaknya yang membiarkan ayahnya yang tua berjalan kaki.

Luqman mengajak pula anaknya bersama menaiki keldai. Apabila melintas kampung yang lain, sekali lagi mereka dikatakan zalim. Maka Luqman seterus memikul keldai tersebut.

Apa perasaan anda sekiranya kita berada pada waktu itu menyaksikan kejadian tersebut. Tentunya kita juga turut mencemuih dan melihatnya sebagai satu perbuatan yang aneh dan bodoh. Apabila Luqman dan anaknya berjalan beriringan dengan keldai tersebut,tuduhan yang lebih hebat terus diterima oleh Luqman sebagai kufur nikmat.


Pengajaran yang seseorang patut ambil daripada peristiwa Luqman ini ialah sebuah kesabaran itu terlalu tinggi nilainya. Hanya orang yang sabar dapat menempuh liku hidup ini dengan penuh keceriaan,kebahagiaan dan kejayaan.

Saturday, August 22, 2009

Wednesday, August 19, 2009

Ulangtahun Perkahwinan


21 Ogos datang lagi...
Tahun ni genap 16 tahun usia perkahwinanku.Campur penat lelah masa bercinta,kiranya dah 19 tahun aku mengenalinya.Tanpa sedar masa berlalu.Syukur alhamdulillah,usia perkahwinanku bertahan hingga kini,moga berkekalan hingga hujung nyawa.Jangan ditanya apa rahsia kebahagian,yang pasti aku dan suami selalu bertekak,berbalah (khi..khi.khi).

Persamaan yang ada hanyalah,kami suka window shopping dan suka makan di luar,sama-sama anak bongsu dan berkongsi bulan kelahiran yang sama iaitu bulan Disember.Pantang orang cerita tempat makan yang best,pasti kami pergi.Selalunya,aku kena kondem balik sebab tak menepati selera suamiku.

Ini salah satu gambar kawin kami,malas nak selongkar yang lain,aku capai je yang ni...ala-ala klasik gitu,hitam putih.Itu pesen 16 tahun dulu,simple je..takde la glamour macam sekarang.Kenapa aku berani letak gambar masa nikah?Sebab..sapa yang tengok gambar ni takkan cam/kenal aku.Pasal..hahaha..badanku dah mengembang 3x ganda daripada saiz dalam gambar ni.Makan beras siam la katakan,hahaha..Bukan apa,senang hati...

Mudah-mudahan kebahagian ini berkekalan,rumahtangga kami diberkati Allah sentiasa,dan anak-anak juga beroleh kesejahteraan serta menjadi anak solehah.Terimalah pasangan kita seadanya,jangan terlalu menuntut kesempurnaan kerana kita juga tidak sempurna.Tiada ucapan buat suamiku,sebab dia tak berminat nak layan blog aku ni,haha..

Blogger Graphics
Blogger Graphics

Saturday, August 15, 2009

Pergi Tak Kembali


Setiap insan pastikan merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang akan dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayu alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijap di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baiklah atau sebaliknya

Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera, bahagia pulang...kesana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

Tiada Ganti


14 Ogos 2009-Catatan duka sekali lagi terpahat dalam diari hidup kami sekeluarga iaitu perginya ayahanda mertuaku ke rahmatullah.Sangat sedih kerana kami kehilangan doa daripada insan yang pastinya amat menyayangi dan ikhlas berdoa untuk kesejahteraan kami selama ini.Beliaulah insan pertama yang sedia menghulurkan tangan saat kami kesusahan, juga insan yang paling menyayangi anak-anakku.
Masih ku ingati,suatu hari aku mendapat demam panas,suamiku pula tidak dapat pulang segera kerana tuntutan kuliah.Kedua-dua mertuaku sanggup menyewa kereta orang kampung,datang bermalam di rumahku untuk menjaga aku dan anak-anakku.Meskipun aku hanya seorang menantu...Ketika aku bersalin,ayah sanggup datang,menaiki dua biji bas untuk menziarahi aku.Bukan sekali dua,berkali-kali....
Ceritanya...seperti biasa ayah akan sembahyang jemaah di masjid.Tak pasti pulak malam tu dia menjadi imam atau tidak.Selesai solat Isyak, diadakan pula solat hajat diikuti bacaan Yassin.Ketika itulah ayah tumbang,katanya sesak nafas.Walaupun orang lain menawarkan diri menghantarnya ke hospital,ayah berkeras menunggu suamiku juga untuk membawanya.Sehingga pukul 5 pagi,ayah masih boleh bercakap.Sedihnya ,ayah meminta maaf daripada anak-anaknya dan menyatakan yang dia akan pergi selama-lamanya.Betapa rendahnya hati ayah..meminta maaf daripada anak sendiri.
Setelah lebih kurang 30 minit dibawa masuk ke CCU,doktor memberitahu ayah telah tiada.Bertambah sayu,khabar itu disampaikan ketika laungan pertama azan subuh berkumandang dari masjid berhampiran.Buat pertama kalinya juga,aku mendengar suara suamiku menangis dari hujung telefon.
Kalaulah tahu ayah akan pergi,tidaklah dibenarkan ayah dibawa masuk ke CCU,pergi menghadap Ilahi hanya dikelilingi doktor dan nurse,sedangkan anak-anaknya ada di luar.Tapi,siapalah kita untuk menduga semuanya.Sudah tertulis begitu.
Urusan pengkebumian berjalan lancar,hampir pukul 11,jenazah dibawa ke tanah perkuburan dan sekitar pukul 12 semuanya selesai.
Mudah-mudahan,segala amal ibadat,segala kebaikan yang dilakukan ayah sewaktu hayatnya diberkati Allah SWT.Semoga ditempatkan dalam kalangan hambaNYA yang soleh.



Thursday, August 13, 2009

Salam Perkenalan - Bicara Kendiri

Blogger Graphics
Blogger Graphics

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada sesiapa yang membaca catatan ini.Blog ini sekadar rakaman apa yang dirasai,dilalui bersama keluarga dan rakan-rakan tersayang,juga apa yang dibaca,dan dirasakan positif untuk dikongsi bersama.Catatan pertama bermula dengan Bicara Kendiri yang dipetik daripada majalah Mingguan Wanita..Sebelum ni tak layan sangat majalah ni,tapi bila membaca artikel ini rasa menarik pulak.Kenapa?

  • Cabaran sebenar bagi individu ialah bagaimana untuk mengekalkan diri dalam situasi yang senantiasa bermotivasi tinggi dan bersemangat waja pada setiap saat dan ketika.Justeru itu, saranan yang lebih berkesan dalam menangani situasi ini ialah individu melantik diri sendiri sebagai pakar moti­vasi ataupun kaunselor kepada diri sendiri.
  • Perkara yang sering berlaku, individu bersemangat semasa sesi motivasi dijalankan, ketika berada bersama-sama perunding motivasi ataupun bersama kaun-selor. Bila masa berlalu pergi, individu kembali ke keadaan lamanya dengan semangat dalaman yang kembali lemah dan lesu.
  • Individu disarankan sentiasa mengucapkan kata-kata positif yang penuh rangsangan dalaman kepada diri sendiri. Kata-kata positif yang diulang-ulang pada diri ini akan mempengaruhi minda sehingga terbentuk pemikiran-pemikiran positif dalam minda. Lanjutannya akan melahirkan tindakan dan tingkah laku positif dalam kegiatan hidup harian.
  • Mengucapkan kata- kata positif pada diri yang juga bicara kendiri (self talk) merupakan antara langkah yang boleh individu lakukan bagi memperoleh semula kekuatan diri. Apabila diamalkan dengan istiqamah, apa yang diucapkan pada diri itu bakal membina dan memperkukuh tabiat positif pada minda, seterusnya pada tingkah laku.