Sunday, September 27, 2009

Jumpa Izan




Betul la...alam siber dapat menjalinkan silatulrahim.Hari ni special sangat sebab menerima kehadiran Izan,blogger Izan Shop yang datang beraya ke rumahku.Ini pertemuan kedua kami,dulu jumpa di tepi stesyen minyak je,haha...kali ni baru dapat sembang panjang.Datang bawa durian lagi,3 biji kan Izan,tapi dalam gambar ada dua je.Mana lagi sebiji...dah masuk perut..
Maaf je Izan,jika layanan kurang memuaskan,kurang selesa...lain kali jangan serik datang lagi.Lain kali cakap awal-awal sikit,takdelah jamu mee goreng ekspress je.Tengoklah foto kami tu,natural beauty lagi.Tuan rumah baru lepas goreng mee,Izan pula sebelumnya lepas mandi di kawasan perkelahan Kuala Woh.Apapun...layanzz..

Friday, September 25, 2009

Raya 2009

Berlalu sudah sambutan 1 Syawal tahun ini.Walaupun tanpa ayahanda mertua,keceriaan tetap terpancar di wajah.Sedihnya,ibu mertuaku asyik menangis,maklumlah setelah 60 tahun,inilah kali pertama beraya tanpa suami tercinta. Apa yang dirasainya,hanya diri sendiri dan DIA sahaja yang tahu.
Macam biasa,lemang merupakan hidangan tradisi.Tahun ni tak buat sendiri,beli aje,ayah mertua takde,anak-anaknya tak pandai nak jaga api lemang.Beli pon sodap..

Macam biasa..nasi impit.Segera punya...cepat dan pasti jadi.Tapi ketupat nasi yang dalam daun kelapa pun ada jugak.
Hidangan tradisi,rendang pedas ayam dan daging masak asam.Sedap daging masak asam,tak letak santan,jadi tahan lama,tak mual kalau makan banyak pun.
Ketupat daun palas pun ada...
Punyalah banyak hidangan...lontong,kuah kacang....macam-macam ada.Makan senang aje,tapi nak menyediakannya....huh...pancit!!!nasib baik ada kakak ipar dan birasku yang memang terror bab masak-memasak ni.Kalau harap aku...hehe..
Macam biasa,masing-masing bergaya sakan.Ini abang-abang iparku.
Abang Ngah,Ayong dan Alang.Seronok abang ngah dapat beraya di Malaysia setelah lima tahun beraya di Peranchis.
Along,Nabil,Syahir,Ari ,Ayong.
Angah..tak habis-habis dengan gaya "peace" ,dah macam Ekin Mawi plak...bohsan aku.
Kak Yong Liana...sempat raya di Malaysia,esok lusa pulang semula ke Peranchis.
Angah,Amira,Nabila
Arina,Akilah.
Fairuz Nadirah
Anak daraku yang baju putih..Nurhanis Aqilah.Inilah sebahagian keluarga besar suamiku.Stok dara dan teruna punyalah ramai,jenuhla makan nasi minyak nanti.
Tapi paling spesel,sehari sebelum raya aku sempat bertemu rakan blogger,iaitu Yatt Precious.Tinggi lampai cik adik ni.Walaupun anak dan 3,maintain cung lagi.Malu ahkak tau..Malu-malupun akak tepek jugak gambar ni...kenangan.Bak kata orang,kalau malu,duduk dalam kelambu,hehe....nak tunggu akak lawa,TAK MUNGKIN.Makin antik adalah...
Ikutkan nak sembang lama,tapi hujan plak renyai-renyai.Anak-anak pun dah kuar dari kereta,kena hujan,bimbang demam tak beraya plak.Mungkin lain kali dapat berjumpa lagi.
Sibuk ambik gambar orang sampaikan gambar family sendiri tak ingat nak ambik.Takpe,Syawal masih panjang lagi.Lapang-lapang nanti,pakai baju raya....posing le puas-puas.

Friday, September 18, 2009

Birthday Angah

Walaupun bulan puasa,sebagai memenuhi hajat Angah,aku buat jugak sambutan birhdaynya.Very-very simple..janji semua budak-budak yang dijemput datang,mereka makan kenyang,hati riang...
Menunya,bihun goreng yang dimasak oleh jiranku,Noni ,kek dan punch buah-buahan.Temanya,Spongebob,sebab tahun lepas Doremon.Nak kek Micky,tapi kedai kek tak buat sebab bulan-bulan puasa ni,kurang orang beli kek.



Angah bersama rakan-rakan sepermainan.Umur mereka sebaya,tapi tengok saiz Angah..




Hadiah untuk Angah...Spongebob..

Baju Raya

Syawal bakal menjelang tiba,lega...semua baju raya anak-anak dah siap.Ala kadar je,sederhana..
Untuk Angah,baju kurung purple.Istimewa sikit,tahun ni,aku gatal tangan nak cuba jahit manik.Bukan apa,tengok yang jual di butik-butik semuanya cantik,tapi sayang,manalah nak cari yang ready made saiz Angah.Jadi tahun ni,ibu jahit sendiri untuk Angah.Dalam dok jahit tu,aku tanya Angah,kalau dah tak muat baju ni nanti,apa Angah nak buat.Jawab Angah.."simpanla,sebab baju ni ibu yang jahit"...boleh caya ke?Akupun cakap"iye..ibu jahit dengan penuh kasih sayang..."

Ini plak baju untuk my hero,Muhd Adib Umar.Raya ni umur Adib 1tahun 7 bulan.Baju Melayu tak beli lagi,ohh...ada lagi yang tertinggal.Untuk Adib ni,ibu rembat yang less 5o% je.Ala,anak ibu dah comel,pakai apapun tetap comel.Sebenarnya,pada pandangan setiap ibu bapa,anak mereka sangat comel.Jadi,tak perlulah beli yang mahal,branded gila-gila,sebab yang tengoknya ibu sendiri.Asalkan cantik,handsome di mata ibu,dah kira orait.Terpulanglah kepada citarasa masing-masing.Sebenarnya,aku tak pandai nak beli baju untuk baby boy.tak tahulah ni pesen lama ke pesen baru.Nasib kaulah Adib..

Yang ni plak baju anak sulung,tapi ibu yang pilihkan.Bukannya apa,kalau bawa pergi kedai,buang masa je.Itu tak berkenan,ini tak kena...senang cerita,pergi beli,balik rumah,nah..ambik.Haa,ibu menggunakan kuasa veto,haha..Taste aku lah ni,labuci penuh didada.Mulanya anakku macam tak berkenan,pastu akupun bodeklah,isshh..cantiknya,glamour,diapun ok lah..

Monday, September 7, 2009

Obesiti

10 September datang lagi,genap 7 tahun usia anakku,Hani Insyirah bt Rahim,atau lebih suka disapa Angah.Angah dilahirkan di Putra Medical Centre,Aloq Setaq,satu-satunya anakku yang lahir di Kedah,pegang kad pengenalan 02,macam ibunya.setelah kelahiran anak pertama,selang 8 tahun baru dapat Angah.Haa..doktor yang sambut kelahiran Angah ialah Dr.Che Rozmi,yang popular dengan Jus mate 5,produk menguruskan badan tu.Sebenarnya,apa yang aku nak cerita ni ada kena mengena dengan badan jugak.
Masa lahir,berat Angah cuma 3.0kg saja.Bila umur 10 bulan,beratnya mencecah 13 kg.Maknanya,sebulan naik sekilo.Hazab mendukungnya pagi-pagi,nak bawa masuk keta,hantar ke rumah pengasuh..jangan cakaplah.
Walaupun saiz besar,tapi Angah tak lembab,mandom kata orang Kedah,sebaliknya,aktif dan cepat menguasai kemahiran macam kanak-kanak lain.Lucunya,bila bawa ke klinik,aku tanya nurse..tak bagi ubat cacing ke,jawab nurse...anak akak dah besar,aktif,tak perlu ubat cacing.bab tu lege le sikit.
Sampailah sekarang,darjah satu,berat Angah dah mencecah 45kg.Hati seorang ibu,risau sangat.Bila terserempak dengan remaja obes,aku terfikir,macam ni ke anak aku nanti....nak jalan pun tak larat.Minta dijauhkan.sekarang ni,kena ejek "budak gemuk" tu perkara biasalah.Bila angah balik mengadu,aku cuba memujuk,jawab je macam ni..."kita gemuk pun,semua orang sayang kita,atuk opah sayang,ibu sayang,abah sayang.."walaupun dalam hatiku sedih sangat..huwaa..
Masalahnya,angah taknak kontrol makan,siang malam ,berselera saja,dah tu,suka makanan yang berasaskan karbohidrat.Kadang-kadang aku bengang jugak,bila orang asik suruh kontrol makan,kontrol makan...semua aku dah cuba.Beli buah...buah dia sapu,nasi tak tolak jugak.Bila dikurangkan nasinya,dia menangis,merajuk,sampai terlelap sebelum makan.Sedih pulak aku melihatnya.Ingatkan dah sekolah,kuruslah sikit,herannya...berat badan angah makin naik.Bab senaman,dah nak runtuh basikal dikayuhnya petang-petang...Adusss,camna lagi le aku nak buat.
Pernah satu hari,aku cadangkan pada suami,apakata kita bagi angah minum Jus Mate 5.haha..marah suamiku.Teringat jugak,dulu masa kecik,angah dapat sawan tangis,jadi kami pun bawalah angah jumpa makcik yang tanam uri masa lahir.Makcik tu pesan,bawa pisang montel sesikat,macam sedekah le untuk dia,ada la dia jampi-jampi sikit.Entah-entah anakku ini terkenan pisang montel apa,hehe..Pandai-pandailah ibu ni.

Setakat ni aku bersyukur,angah tak dapat apa-apa penyakit,cuma ada potensi asma.Moga-moga,bila cerdik sikit,kesedaran untuk menguruskan badan akan datang sendiri.Jangan tak turun udah...huwaa,kesian anakku





Macamana pun Angah,ibu saaa....yang anak ibu.Happy birthday Angah.Mudah-mudahan berjaya dalam hidup,jadi anak yang solehah,berbakti kepada agama,bangsa dan negara.

Saturday, September 5, 2009

Hidayah

Rasanya sudah ramai yang tahu tentang kesusahan lampau saya kerana banyak majalah menyiarkan cerita itu. Niat saya tiada lain, hanya mahu menjadi pencetus semangat untuk wanita di luar sana. Biar mereka tahu, sebagai manusia jangan terlalu mengharapkan orang lain untuk berjaya dalam hidup.
Saya pernah jadi penoreh getah, sambil-sambil itu melakukan bermacam-macam kerja kampung untuk menampung hidup. Malah pernah juga cuba berniaga kedai runcit, menyertai MLM dan bekerja kilang.
Apabila berjaya dengan perniagaan Sendayu Tinggi, saya mula sedar manusia perlu ada tiga sifat jika mahu berjaya. Pertama, mereka mesti mengorak langkah untuk memulakan perkara kecil dalam diri. Kemudian, jangan pernah berkata tidak sebelum mencuba kerana tiada apa yang mustahil. Ketiga, jangan suka menyalahkan orang lain.
Nilai sepuluh sen
Bila sudah berjaya mengumpul kekayaan, tiap-tiap tahun saya pergi umrah. Ada banyak peristiwa yang dialami di tanah suci namun ada satu pengalaman yang paling menarik. Ia berlaku ketika saya tidur lalu bermimpi, satu suara menyuruh saya membaca beberapa ayat daripada surah Al-Baqarah.
Sekembalinya saya ke tanah air, saya terus mencari tafsir Al- Quran. Saya mendapati antara maksud ayat yang disuruh baca itu ialah mereka yang mendapat hidayah namun jika memalingkan mukanya, mungkin tiada lagi hidayah untuknya selepas itu.
Saya memang sudah lama terdetik mahu berganjak ke alam (fasa) lain sebaik sahaja usia mencecah 40 iaitu membuat persediaan untuk mati. Saya mula melihat betapa kehidupan di dunia ini sangat singkat, indah dan perlu dinikmati. Saya sedih mengenang ramai orang yang berjaya dalam perniagaan tetapi hidup tidak bahagia.
Ketika saya mengejar dunia, hidup dirasakan huru-hara. Pernah saya beli sebuah kereta dengan harga RM1 juta. Setiap kali tiba di satu-satu tempat, saya senang melihat banyak mata memandang dan berbisik-bisik kagum. Namun lama-kelamaan saya tersedar, rasa bangga melihat kekaguman orang itu menimbulkan perasaan riak dan mahu menunjuk-nunjuk.
Jika syiling sepuluh sen terjatuh, pernah satu ketika saya tidak mahu mengutipnya semula. Waktu itu saya memikirkan kelas sebagai seorang jutawan. Tetapi hari ini, saya tidak mahu lagi bersikap begitu. Saya mahu buang rasa riak, sebab nilai duit sepuluh sen itu besar nilainya pada sesetengah orang dan tidak patut dibazirkan begitu sahaja.
Saya tidak pandai mengaji dan tidak tinggi ilmu agama. Jadi saya mengupah seorang ustazah yang tinggal bersama di rumah ini untuk mengajar serta seorang ustaz untuk berkongsi ilmu agama. Sehari setiap minggu, rumah saya dibuka untuk orang ramai menyertai majlis ilmu yang dibuat di sini.
Impian saya yang masih belum tercapai ialah membina sebuah kompleks hasil perniagaan. Di kompleks berkenaan saya mahu membangunkan aktiviti dakwah di samping memberikan kehidupan kepada fakir miskin menerusi perkongsian ideologi perniagaan.
Saya tidak mahu golongan susah yang saya bantu ini memandang saya sebagai sumber kewangan. Saya tidak memberikan mereka ‘ikan’ tetapi ‘pancing’ untuk mengubah kehidupan. Caranya saya beri mereka produk untuk dipasarkan. Saya juga mengambil kuih, kerepek dan lain-lain daripada mereka untuk dijual.
Satu lagi impian yang sedang diusahakan, saya mahu bina sebuah rumah perlindungan untuk anak yatim piatu dan mualaf. Rumah sudah ada, tenaga pengajar pun tidak ada masalah. Cuma tinggal mencari bayi dan kanak-kanak untuk dibesarkan dengan pendidikan akademik berserta ilmu agama di rumah tersebut.
Kini mula berpurdah
Purdah ini sudah lima bulan saya pakai. Bukan sebab alim, dan bukan juga sebab H1N1. Sebaliknya inilah antara cara saya menjaga hati daripada dirasuk perasaan riak. Bila mengenakan purdah, tiada orang yang mengenali saya jadi tiada lagi layanan istimewa yang biasa saya dapat.
Saya tidak malu untuk mengaku, selama ini memang saya pakai tudung tetapi hati masih kotor. Ini kerana walaupun memakai tudung saya sering kalah bila syaitan berbisik supaya bersolek setiap kali ke luar rumah sesuai status selaku pengasas produk kecantikan.
“Kau kenalah pakai baju yang menampakkan kelangsingan, barulah orang tahu produk kau bagus” – itu juga antara bisikannya yang sering menewaskan saya. Barangkali ketika itu saya antara wanita akhir zaman yang disebut dalam hadis ‘menutup aurat tetapi masih bertelanjang’ .
Sebagai majikan pula, kadangkala saya memarahi pekerja kerana mahu semuanya serba sempurna. Saya menjadi sungguh takut apabila tersedar dan berfikir bagaimana pula saya di sisi majikan paling besar iaitu Allah Taala? Dia pun berhak marahkan saya kerana sungguhpun solat, di mana zikir dan amalan sunat bagi menyempurnakan lagi amalan kepadanya?
Syukurlah, perubahan yang dibuat melimpahkan bahagia dalam hidup. Anak-anak (Nurhayati, Alif Syukri, Aiman Hazim, Nurazizah dan Nurain Sufiyah) dan suami melengkapkan lagi dunia wanita ini.
Kini hari-hari saya lalui sambil meneguk kelazatan ilmu akhirat. Melayan keletah anak-anak, mengulit orkid, epal Madura, daun kesum, kedondong, kari, limau purut dan pokok herba lain; juga melayan burung, ayam, lampam, puyuh, puyu dan tilapia melengkapkan lagi kediaman bak syurga dunia yang saya gelar Sorga Ammi.
Sesudah solat Subuh, tatkala berdiri di balkoni rumah menyaksikan kabus berlalu dibawa angin sambil merenung kalam-kalam bukit , saya semakin yakin betapa perlunya saya bersyukur menjadi hamba yang dilimpahi kasih sayangNya.