Monday, December 14, 2009

Fasa Baru Kehidupan


14 December datang lagi.Hari ni,aku genap usiaku 40 tahun.Berlalu sudah angka 3 dalam kiraan usia.Well...aku dah semakin berusia.Nak sebut tua tu,belum tergamak rasanya.Kata orang,jangan terlalu memikirkan usia kerana usia hanyalah angka.Yang penting,fikiran, semangat perlu sentiasa muda kerana apa yang tersemat di minda akan mempengaruhi tindakan dan pembawaan diri kita.
Aku perlu sentiasa bersemangat muda,kalau tak camna nak panjat bangunan sekolah 4 tingkat,khekhe..kadang-kadang geram jugak,apalah dibuatnya bangunan sekolah empat tingkat.Tak dapat ku bayangkan,dalam usia 50-an,aku nak kena panjat bangunan tingkat empat.Kayuh kaki..kalau naik lift ada aku kesah!!Kalaulah rakan blogger antik Kak Nor64 baca ni,mesti sakan dia promote DCL kat aku,khekhe..

Lagi satu,aku kena bersemangat muda sebab aku masih ada seorang anak kecik,baru setahun sembilan bulan.Kalau aku dressing ala-ala makcik sangat,nanti orang ingat aku dukung cucu plak. Sekarang ni,kadang-kadang aku kena pecut gear lima bila heroku itu nak masuk kolam ikan,main pinggir longkang ke..apapun,itulah terapi minda paling mujarab..iaitu melayan kerenah anak.

HADIAH
Apa hadiah aku dapat birthday ni?Hadiah pertama:

Tudung ni hadiah daripada rakan sekerja ,juga rakan blogger Dikwa Blogspot.Terima kasih Ina..bila pakai tudung ni,akak pasti teringat pada Ina.Konon-konon si Dikwa ni menjual tudung,akupun pulun la pilih yang rasa-rasa takdak lagi dalam koleksi.Alih-alih,dia kata hadiah hari jadi.Hadiah dari cik abang?

Kain sepasang.Kiranya tahun ni hadiah murah je aku dapat.Kenapa bang oii,pasai takdak bonus ke,khekhe..tak kisahlah...janji pemberian daripada suami tersayang.Lagipun sejak dua menjak ni aku dah tak bernafsu terhadap kain baju ni.Sebabnya..aku gila pinggan mangkuk, teko,cawan antik.Katanya,orang perempuan ni nafsu sembilan,agak-agak sembilan2 nafsu aku dah pergi ke koleksi antik,khekhe...

HARAPAN
Mudah-mudahan kehidupan mendatang lebih mendapat keberkatan daripada Allah SWT.Dimurahkan rezeki seisi keluarga,kesihatan yang baik,hati yang bersih kerana itulah kunci segala kebahagian.Hati yang bersih menjadikan kita sentiasa bersyukur dengan nikmat yang diperolehi.Hati yang bersih menjadikan kita sentiasa melihat kebaikan orang lain,bukannya sentiasa mencari kekurangan dan kesilapan.Itulah simboliknya kuntuman bunga putih yang menghiasai "putihnya blogspot".
AMIN

3 comments:

  1. seronoknya rasa bila hadiah kita dihargai rakan.
    thanks kak shas kerana sudi menjadi sahabat saya selama ini... dan selagi hayat di kandung badan.

    simpan tudung tu baik2 tau...

    hadiah cik abang kak shas pun tak kurang hebatnya. lain pula design kain ni. cantik! abstrak dan berbunga. bila dah siap jadi baju nanti, masuklah dalam blog. saya nak tengok...

    ReplyDelete
  2. akak pun nak berterima kasih jugak.entah ada tidak sahabat mcm ina d tmpat baru nanti.adusss..sedihnya.tapi,kita perlu berhijrah.mgkin tmpat baru lebih baik,sapa tahu kan..
    nanti kita ym la..senang crita

    ReplyDelete
  3. samalah usia kita...selamat hari jadi...

    ReplyDelete